| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Jalinan Kasih Sempena Sambutan Tahun Baru Cina Penjara/PPA/PPK/TTK Simpang Renggam, Johor

Pada 10 Februari 2019 (Ahad), Unit Pemulihan Penjara/PPA/PPK/TTK Simpang Renggam, Johor telah mengadakan Program Jalinan Kasih Sempena Tahun Baru Cina.  Program ini disertai seramai 19  penghuni terdiri  daripada  2  orang banduan akhir 5 orang banduan hukuman lama, 10  orang tahanan LLPK dan 2  orang tahanan POCA. Turut hadir pada program tersebut adalah KP Haji Abd Wahab Bin Haji Kassim Pengarah Penjara Negeri Johor, TKP Ramli Bin Osman Pengarah Penjara Simpang Renggam, PKK Haji Azman Bin Mohd Ali Timbalan Pengarah Penjara Simpang Renggam, Johor dan juga daripada NGO iaitu Lions Club dan Tzu Chi.

Pengarah Penjara Negeri Johor KP Haji Abd Wahab Bin Haji Kassim dalam ucapan beliau memaklumkan Program Jalinan Kasih diadakan adalah bertujuan untuk mengeratkan lagi tali silaturahim antara penghuni dengan keluarga.  Beliau juga berharap keluarga tahanan dan banduan terus memberi sokongan dalam memastikan penghuni tidak mengulangi kesalahan dan kesilapan yang lalu.