| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Perbarisan Bulanan Februari Tahun 2019

Pada 12 Februari 2019(Selasa) bertempat di Dataran Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang jam 8.00 pagi telah diadakan Perbarisan Bulanan bagi bulan Februari tahun 2019. Majlis telah disempurnakan  oleh YDH PKK Husin bin Hj. Johari, Pengarah Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang dengan dihadiri oleh barisan pegawai kanan dan kakitangan. Susunatur majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Bakti Setia, pemeriksaan perbarisan, bacaan ikrar, pemakaian pangkat (1) Inspektor Penjara Gred KA29, penyampaian Pingat kepada (3) orang anggota, penyampaian Sijil Penghargaan Pencegahan Kematian Dalam Tahanan kepada  (1) anggota, penyampaian Sijil & Medal Johan Acara Mens Doubles dan Tempat ke-3 Acara Womens Doubles Kejohanan Tenpin Boling Berpasukan Jabatan Penjara Malaysia serta penyampaian Plug dan replika cek Tempat -3 Keseluruhan dan Pasukan Terbaik Fairplay Kejohanan Futsal Jabatan Penjara Malaysia Kali ke 10. Majlis diteruskan dengan ucapan Pengarah Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang dan diakhiri dengan bacaan doa serta sesi bergambar.