| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Perbarisan Bulanan Bagi Bulan Februari 2019 Peringkat Penjara Sungai Petani

Pada 12 Februari  2019  (Selasa) jam 07.15 pagi telah diadakan Perhimpunan Bulanan Peringkat Penjara Sungai Petani, Kedah bertempat di Dataran Penjara Sungai Petani. Majlis dimulakan dengan pemeriksaan perbarisan oleh Pengarah Penjara Sungai Petani PKP Raja Nazril Azman bin Raja Azam Iskandar diikuti dengan bacaan doa oleh Al-Fadhil Ustaz  Rosmizal bin Abdullah dan bacaan ikrar yang telah disempurnakan oleh Timbalan Penguasa Penjara Zaini bin Ahmad. Susun atur majlis diteruskan dengan  pemakaian  pangkat Inspektor Penjara IP Satiyaseelan a/l K. Mahalingam , penyampaian Tokoh Bulanan bagi bulan Januari IP Rezzuan bin Mat Rahim dan penyampaian Sijil Penghargaan kepada KPL  12644 Suzana binti Khamis, KPL15187 Tetty Nurazzura Tasnim binti Abdullah,  KPL 15476 Yusmala binti Yusof  yang menjadi Johan Pertandingan Bola Jaring Peringkat Jabatan Penjara Malaysia. Majlis   diakhiri dengan ucapan Pengarah Penjara Sungai Petani dan jamuan ringan.