| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Kunjungan Hormat Kepada Ketua Penolong Mufti, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Labuan

Pada 9 Januari 2019 (Rabu) jam 10.00 pagi telah diadakan Kunjungan Hormat kepada Ketua Penolong Mufti iaitu Ustaz Mohd Sukri bin Abd Ghani di Pejabat Mufti, Wilayah Persekutuan Labuan. Rombongan tersebut telah diketuai oleh Penolong Komisioner Penjara, Abd Rauf bin Lang Pasih, Pengarah Pusat Koreksional Labuan dan turut disertai oleh Penguasa Penjara, Jaafar bin Timbang, Timbalan Pengarah Pusat Koreksional Labuan, Inspektor Penjara, Mohammadiah bin Bakti, Ketua Unit Pemulihan Pusat Koreksional Labuan serta pegawai-pegawai dari Unit Agama Pusat Koreksional Labuan. Kunjungan tersebut bertujuan bagi mengeratkan hubungan antara jabatan kerajaan di Wilayah Persekutuan Labuan disamping membincangkan program-program pemulihan yang boleh dilaksanakan kepada penghuni Pusat Koreksional Labuan dengan kerjasama daripada Pejabat Mufti, Wilayah Persekutuan Labuan.