| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Jalinan Kasih Sempena Sambutan Hari Krismas Peringkat Penghuni Penjara Pusat Miri 2018

Pada 3 Januari 2019 (Khamis) bertempat di Dataran Mini Kenyalang, telah diadakan Program Jalinan Kasih Sempena Sambutan Hari Krismas Peringkat Penghuni Penjara Pusat Miri. Seramai 10 penghuni terlibat dalam Program Jalinan Kasih Sempena Hari Krismas pada tahun 2018. Majlis disempurnakan oleh Pengarah Penjara Pusat Miri, PKP Mohd Yunos bin Mohd Salleh. Turut hadir pada majlis tersebut adalah Timbalan Pengarah Penjara Pusat Miri, PP Muhammad Khalid Bin Muhammad, wakil dari NGO seperti Prison Fellowship Malaysia Cawangan Miri, pihak Media dari Borneo Post, Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai Pemulihan, kakitangan dan ahli keluarga penghuni yang terlibat dalam program tersebut. Majlis diserikan lagi dengan upacara memotong kek sebagai tanda perasmian Jalinan Kasih Penghuni Sempena Sambutan Hari Krismas dan seterusnya dimeriahkan lagi dengan persembahan nyanyian lagu krismas oleh penghuni Penjara Pusat Miri. Majlis berakhir pada jam 11.15 pagi.