| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Perhimpunan Bulanan Bagi Bulan Januari 2019 Pusat Koreksional Bintulu

Pada 8 Januari 2019 (Selasa), Pusat Koreksional Bintulu telah mengadakan Perhimpunan Bulanan bagi bulan Januari 2019 bertempat di Parkir Pejabat Pentadbiran bermula jam 7.00 pagi. Perhimpunan ini telah dihadiri oleh 17 orang Pegawai Kanan, 60 orang anggota pelbagai pangkat, dan 8 orang kakitangan awam. Majlis dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Ibu Pertiwiku dan Bakti Setia. Majlis diteruskan dengan pemeriksaan barisan oleh Pengarah Pusat Koreksional Bintulu, PKP Hairol Hisham Bin Mohd Harith diikuti bacaan doa dan bacaan Ikrar Jabatan yang diketuai oleh PPP Mohd Jack Tutol Abdullah. Aturcara majlis diteruskan lagi dengan penyampaian Anugerah Tokoh Bulanan bagi bulan Disember 2018 yang telah dianugerahkan kepada Wadar Yusuf Bin Azmi dari Unit Rekod POCA. Akhir sekali majlis telah menjemput dan mempersilakan Yang Dihormati PKP Hairol Hisham Bin Mohd Harith, Pengarah Pusat Koreksional Bintulu untuk menyampaikan ucapan dan amanat. Majlis tamat pada jam 7.45 pagi.