| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Kolaborasi Operasi Sanitasi Covid-19 Peringkat Institusi Pemulihan Dadah Jelebu

13 April 2020 (Isnin) ? Institusi Pemulihan Dadah Jelebu (IPDJ) telah bekerjasama dengan Jabatan Bomba & Penyelamat Negeri Sembilan dan Majlis Daerah Jelebu dalam menjayakan bantuan semburan pembasmi kuman (nyah cemar) di institusi ini. Turut hadir PKK Abd. Rahman bin Taib Pengarah Penjara Negeri Sembilan, PKP Fayrouz bin Ahmad Zawawi Pengarah IPDJ dan PgB Mohd Hafiz bin Mohd Sharif Ketua Zon III Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan serta En. Ahmad Marhan bin Abu Bakar Pegawai Majlis Daerah Jelebu. Operasi ini melibatkan seramai (37) orang anggota Jabatan Bomba & Penyelamat Negeri Sembilan dan (5) orang kakitangan Majlis Daerah Jelebu. Semburan pembasmi kuman (nyah cemar) ini bagi membendung penularan Covid-19 dikalangan anggota dan penghuni. Sanitasi ini melibatkan kawasan dalam dan luar penjara serta kawasan perumahan kakitangan.