| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Sumbangan Prihatin Covid-19 & Ramadhan 1441h Kepada Kakitangan Institusi Pemulihan Dadah Jelebu

17 April 2020 (Jumaat) ? Institusi Pemulihan Dadah Jelebu (IPDJ) telah menerima sumbangan daripada YB Dato? Haji Jalaluddin bin Alias Ahli Parlimen Jelebu, Negeri Sembilan dan Surau Al-Ikhlas IPDJ. Sumbangan prihatin ini merupakan tanggungjawab sosial untuk meringan beban kakitangan dalam menangani pandemik Covid-19 dan sempena menyambut Ramadhan 1441H. Sumbangan ini telah disampaikan oleh PKP Fayrouz bin Ahmad Zawawi Pengarah IPDJ bersama PP Mohd Sapudin bin Said Timbalan Pengarah IPDJ. Sumbangan berupa barang keperluan harian ini telah diberikan kepada anggota yang mempunyai anak istimewa dan keluarga sakit kronik serta ibu tunggal yang melibatkan seramai 15 orang kakitangan.