| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Penyerahan Personal Protective Equipment (Ppe) Institusi Pemulihan Dadah Jelebu Bersama Hospital Jelebu Dan Pejabat Kesihatan Daerah Jelebu

20 April 2020 (Isnin) ? Institusi Pemulihan Dadah Jelebu (IPDJ) telah bekerjasama dengan Hospital Jelebu dan Pejabat Kesihatan Daerah Jelebu (PKDJ) untuk membantu menjahit pakaian Personal Protective Equipment (PPE) bagi kegunaan petugas frontliner Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Simbolik Penyerahan PPE telah disampaikan oleh PKP Fayrouz bin Ahmad Zawawi, Pengarah Institusi Pemulihan Dadah Jelebu kepada Dr. Haslina binti Hassan, Pegawai Kesihatan Daerah, Pejabat Kesihatan Daerah Jelebu dan Dr. Poobalan A/L Kaliappan, Timbalan Pengarah, Hospital Jelebu. Majlis turut diserikan dengan penyampaian warkah oleh penghuni kepada Petugas Frontliner KKM.