| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Semburan Nyah Kuman Daripada Bomba Dan Penyelamat Ipoh, Perak

Pada 09 April 2020 (Khamis) Pusat Pemulihan Akhlak Batu Gajah Perak telah memohon kerjasama daripada pihak Bomba dan Penyelamat untuk membuat semburan anti kuman (disinfeksi) di sekitar kawasan Pusat Pemulihan Akhlak Batu Gajah. Seramai 10 anggota dari Bomba dan Penyelamat Ipoh telah terlibat dalam aktiviti tersebut. Tempat-tempat yang menerima semburan tersebut adalah persekitaran dataran PPA Batu Gajah, PPA Wanita, Klinik Dalam, kawasan Pintu Besar, Bilik Asingan, Pejabat Rekod dan Unit Rundingcara. Aktiviti tersebut berakhir jam 12.00 tengahari.