| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Khatam Al-Quran bagi tahun 2020 Bertempat Di Surau Penghuni, Pusat Koreksional Bintulu

Pada 6 April 2020 (Isnin), Unit Program Pemulihan Insan (PPI) Pusat Koreksional Bintulu telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran bagi tahun 2020 bertempat di Surau Penghuni, Pusat Koreksional Bintulu. Seramai dua puluh (20) orang banduan telah terlibat dalam majlis tersebut. Bacaan Al-Quran secara berama-ramai telah dimulakan pada 23 Mac 2020 sehingga 3 April 2020 yang lalu sebagai pengisian kerohanian sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang telah diumumkan oleh pihak kerajaan dalam usaha mengekang penularan wabak COVID-19. Majlis telah dimulakan pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 11.00 pagi.