| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Lawatan Rasmi Timbalan Menteri Dalam Negeri YB. Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said Ke Penjara Penor, Pahang

Pada 06 April 2020 ( Isnin ), YB. Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said, Timbalan Menteri Dalam Negeri Malaysia telah mengadakan lawatan rasmi ke Penjara Penor, Kuantan, Pahang bagi melihat sendiri proses penyediaan Peralatan Pelindungan Diri atau Personal Protective Equipments ( PPE ) yang mana peralatan ini akan digunakan oleh petugas kesihatan yang mengendalikan pesakit yang dijangkiti oleh Virus Coronavirus 2019 ( Covid - 19 ). Seramai 03 orang staf dan 20 orang banduan telah terlibat dalam penghasilan peralatan tersebut. Proses penghasilan peralatan berkenaan bermula pada jam 9:00 pagi hingga jam 5:00 petang pada setiap hari. Selain itu, 01 set lengkap PPE menggunakan 5.8 meter bahan asas dan sebanyak 60 set PPE dapat dihasilkan dalam masa satu hari.