| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Penghasilan Peralatan Pelindung Diri Di Penjara Penor, Pahang

02 April 2020 ( Khamis ) - Penjara Penor, Kuantan, Pahang hanya mengendalikan tempahan paling penting buat masa ini iaitu Peralatan Perlindungan Diri ( PPE ) untuk kegunaan petugas kesihatan yang mengendali pesakit Covid - 19. Aktiviti menjahit PPE itu bermula pada jam 9:00 pagi hingga 5:00 petang setiap hari. Seramai 18 orang banduan yang ditempatkan di bengkel jahit itu akan bertungkus - lumus mengukur, memotong dan menjahit PPE yang diperbuat daripada material khas berwarna biru.