| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Sekalung Budi, Seuntai Kasih

28 Februari 2020 ( Jumaat ) ? Pejabat Pengarah Penjara Negeri Sembilan telah meraikan kakitangan yang bertukar tempat tugas dan bersara dalam Majlis Sekalung Budi, Seuntai Kasih yang telah diadakan di Star Fresh Agro Park, Bukit Putus, Negeri Sembilan. Majlis ini diadakan bagi menghargai dan mengenang jasa yang telah diberikan selama berkhidmat di bawah pentadbiran Penjara Negeri Sembilan. Seramai 3 orang kakitangan yang berpindah dan 9 orang pesara bersama pasangan telah diraikan dan majlis turut diserikan lagi dengan kehadiran PKK Abd Rahman bin Taib, Pengarah Penjara Negeri Sembilan bersama isteri. Pengurusan Penjara Negeri Sembilan mengucapkan selamat bersara dan selamat maju jaya kepada semua yang diraikan. Semoga majlis ini menjadi kenangan-kenangan kepada mereka yang diraikan. Majlis berakhir pada jam 10:00malam.