| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Bengkel Indikator Perwatakan Unggul (IPU) Penjara Pusat Sri Aman

Bengkel Indikator PerwatakanUnggul (IPU)telah dianjurkan oleh Unit Pengurusan Psikologi dan AKRAB selama dua hari bermula 3/03/2020 sehingga 4/03/2020. Dikendalikan oleh Pegawai Psikologi Penjara Pusat Sri Aman, Encik Haire bin Mohamad Kadari, tujuan pelaksanaan program ini adalah untuk member pendedahan kepada ahli-ahli AKRAB mengenai kepentingan kesejahteraan psikologi dalam kalangan penjawat awam. Bengkel IPU initer bahagi kepada dua seksyen iaitu Pengenalan kepada Ujian Psikologi IPU pada hari pertama dengan menghadiri kelas Psikologi Personaliti dan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (Corporate Social Responsibility) di Sungai Raya, Sri Aman pada hari kedua dengan membersihkan kawasan rekreasi tersebut. Bengkel ini juga turut dihadiri oleh Pengarah Penjara Pusat Sri Aman, PKP Anbalagan a/l Subramaniam. Seramai enam orang ahli AKRAB telah mengikuti dua hari bengkel tersebut.