| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Penyerahan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Sekolah Henry Gurney & Sekolah Integriti Penjara Puncak Borneo

Pada 05 Mac 2020 (Khamis) penyerahan keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia bagi penghuni Sekolah Henry Gurney dan Sekolah Integriti telah disampaikan oleh TPP Mohd Hafiz bin Matsahri selaku Ketua Bahagian Pengurusan Banduan dan disaksikan oleh TPP Mohd Hidayat bin Ismail, Ketua Bahagian Keselamatan dan Inteligen, Penyelia Sekolah Integriti Puan Gloria anak Nyaun, guru-guru sekolah dan anggota di Sekolah Henry Gurney. Seramai (13) penghuni SHG dan (2) penghuni Sekolah Integriti Kuchng menduduki peperiksaan SPM bagi tahun 2019. (3) calon mendapat 5A, (1) calon mendapat 4A, (1) calon mendapat 3A serta mendapat kelulusan 100% dalam subjek wajib iaitu Bahasa Melayu dan Sejarah. Keputusan peperiksaan SPM bagi tahun tahun 2019 semua matapelajaran menunjukkan peningkatan yang amat memberansangkan.