| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program "Bacalah, Kamu Masih di Hati"

Pada 20 September 2020 ( Khamis ), Institusi Penjara Penor, Kuantan, Pahang telah menjalinkan hubungan kerjasama bersama Perbadanan Perpustakaan Awam Malaysia Negeri Pahang bagi menganjurkan Program "Bacalah, Kamu Masih di Hati". Objektif utama program ini adalah untuk melahirkan generasi celik ilmu pengetahuan selain menyemai budaya suka membaca dalam kalangan masyarakat di Malaysia khususnya. Antara intipati program ini adalah penerangan oleh pegawai daripada Perbadanan Perpustakaan Awam Malaysia Negeri Pahang mengenai E - Library, sesi bacaan buku kegemaran saya, pameran buku - buku berbentuk ilmiah dan diselitkan juga program kepada banduan di sini iaitu ceramah berkaitan keagamaan dan acara gotong - royong membersihkan perpustakaan di blok penempatan banduan serta sesi Demo Science Hero serta persembahan puppet bagi kanak - kanak di Tadika Kemas Penjara Penor. Kerjasama yang konsisten turut diberikan oleh kakitangan Penjara Penor selain penglibatan seramai ( 10 ) orang pelajar Kadet Koreksional Sekolah Menengah Kebangsaan Mat Kilau dalam program berkenaan. Majlis penutupan program ini telah disempurnakan oleh YH. Penolong Kanan Komisioner Dato? Abu Hasan bin Hussain, Pengarah Penjara Penor, Kuantan, Pahang. Turut hadir bagi memeriahkan program tersebut ialah Encik Mohamad Noor bin Abdul Rahman, Ketua Bahagian Rujukan dan Maklumat Perbadanan Perpustakaan Awam Malaysia Negeri Pahang serta seorang wakil daripada Jabatan Agama Islam Negeri Pahang.