| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Pusat Pemulihan Khas Bintulu Menerima kunjungan Daripada Lembaga Pencegahan Jenayah (LPJ), Kementerian Dalam Negeri

Pada 17 Februari 2020 (Isnin), Pusat Pemulihan Khas Bintulu telah menerima kunjungan daripada Lembaga Pencegahan Jenayah (LPJ), Kementerian Dalam Negeri pada jam 2.30 petang. Seramai lapan (8) orang ahli LPJ telah hadir dalam lawatan tersebut yang diketuai oleh YBhg Dato? Abdul Razak Bin Musa, Pengerusi LPJ. Kunjungan dimulakan dengan sesi taklimat ringkas berkaitan pengurusan tahanan POCA, disusuli dengan lawatan ke kawasan dalam termasuk blok penempatan tahanan POCA dan akhir sekali jamuan makan serta sesi bergambar.