| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Laporan Karnival Sukan Dan Kebudayaan Peringkat Penghuni Jabatan Penjara Malaysia 2020

Pada 7 hingga 10 Februari 2020 telah berlangsungnya Karnival Sukan dan Kebudayaan Peringkat Penghuni Jabatan Penjara Malaysia bagi tahun 2020, anjuran Bersama Bahagian Pengurusan Banduan Ibu Pejabat Penjara Malaysia dan Persatuan Sahabat Penjara Malaysia ( SAHABAT ). Seramai 363 orang penghuni lelaki dan 85 orang penghuni wanita daripada 26 buah institusi penjara seluruh Malaysia menyertai karnival yang dikelolakan oleh Penjara Kajang yang melibatkan 16 acara daripada 9 Kategori telah dipertandingkan termasuk acara sukan padang, olahraga, indoor game, nyanyian dan tarian. Kesemua acara telah dipertandingkan di Penjara Kajang, Unit Rawatan dan Pemulihan Dadah Penjara Kajang (RPD) dan Penjara Wanita Kajang. Kontinjen tuan rumah iaitu Penjara Kajang muncul juara keseluruhan pada kejohanan kali ini, diikuti kontinjen Penjara Bentong di tempat kedua dan kontinjen Penjara Kluang di tempat ketiga. Pada 10 Februari 2020, telah berlangsungnya majlis perasmian penutupan yang telah disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Dato' Azman Bin Hashim, Pengerusi AMBank Group selaku Presiden Persatuan Sahabat Penjara Malaysia. Turut hadir adalah Ketua Pengarah Penjara Malaysia, YBhg. KJP Dato' Sri Haji Zulkifli Bin Omar, TKJP Dato' Jamaluddin Bin Saad, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), YBhg. TKJP Dato' Abdul Aziz Bin Abdul Razak, Timbalan Ketua Pengarah (Pemasyarakatan), TKP Abdul Halim Bin Ma Hassan, Pengarah Penjara Kajang, Pengarah-Pengarah Penjara Negeri yang bertanding, Pengarah-Pengarah Bahagian, Pengarah-Pengarah Institusi yang bertanding, Pegawai-Pegawai Pengiring dan pihak media.