| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Kunjungan Hormat Oleh Duta Ukraine H.E . Olexander Nechytaylo Ke Atas YBhg Dato' Sri Komisioner Jeneral Penjara

Pada 17 Januari 2020, Komisioner Jeneral Penjara, YBhg Dato' Sri Haji Zulkifli bin Omar telah menerima Kunjungan Hormat dari Duta Ukraine H.E. Olexander Nechytaylo bertempat di Bilik Mesyuarat, Ketua Pengarah Penjara Malaysia.
Turut serta dalam sesi perbincangan tersebut ialah Timbalan Komisioner Jeneral, YBhg. Dato? Hj Abdul Aziz bin Abdul Razak, Pengarah Bahagian Dasar Kepenjaraan, YBhg. Dato? Hj Nordin bin Hj Muhamad, Pengarah Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa dan Pemindahan, YBhg. Dato? Mohd Zawawi bin AB Rahim, Ketua Unit Undang-Undang, PKK Hj Abdul Kadir Jailani bin Ismail, Penasihat Undang-undang Jabatan, Puan Norhayati binti Mansor serta lain-lain pegawai berkaitan. Tujuan mesyuarat diadakan adalah bagi membincangkan isu-isu awalan yang bersangkutan dalam Triti Pemindahan Antarabangsa Banduan di antara Malaysia- Ukraine.