| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Laporan Program Jalinan Kasih Sempena Tahun Baru Cina Peringkat Penjara Pusat Miri 2020

Pada 6 Februari 2020 bertempat di Dataran Mini Kenyalang Penjara Pusat Miri, Unit Pemulihan telah menganjurkan Program Jalinan Kasih Sempena Tahun Baru Cina Peringkat Penghuni Penjara Pusat Miri Tahun 2020. Seramai 8 orang penghuni yang layak telah mengikuti program tersebut. Program ini turut dimeriahkan lagi dengan persembahan Tarian Singa dari Ahli Persatuan Penganut Agama Buddha Batu Niah, nyanyian lagu Tahun Baru Cina oleh penghuni serta upacara memotong kek sebagai simbolik perasmian program.

Program telah disempurnakan oleh PKP Achon Anak Tadeng, Pengarah Penjara Miri dan dihadiri oleh NGO dari Persatuan Penganut Agama Buddha Batu Niah dan Prison Fellowship Malaysia Cawangan Miri. Objektif program ini diadakan untuk memberi peluang kepada penghuni untuk meraikan Tahun Baru Cina bersama keluarga di samping dapat mengeratkan hubungan di antara ahli keluarga. Majlis bersurai pada jam 11:30 pagi.