| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Jalinan Kasih Tahun Baru Cina Tahun 2020

Pada 04 Februari 2020 (Selasa), Penjara Seremban telah mengadakan program Jalinan Kasih Tahun Baru Cina Tahun 2020, anjuran bersama Geha Bodhi Care Centre yang dikelola oleh Unit Pemulihan Penjara Seremban. Program dihadiri oleh YB. Chew She Young, Adun Lobak, Seremban, Negeri Sembilan, PKK Abd Rahman Bin Taib, Pengarah Penjara Negeri, Negeri Sembilan, PKP Muhammad Nazri Bin Nasrudin, Pengarah Penjara Seremban, PP Zakaria Bin Mat Jusoh, Timbalan Pengarah Penjara Seremban, TPP Mohamad Nazeff Bin Mohamed Mazelan, Ketua Bahagian Keselamatan dan Inteligen, Penjara Seremban, En. Lam Kai Cheong, Pengerusi Persatuan Geha Bodhi Care Centre, pegawai-pegawai kanan, wakil-wakil NGO, pihak-pihak media dan ahli keluarga penghuni. Antara pengisian program adalah ucapan daripada wakil NGO, ucapan daripada Pengarah Penjara Seremban, ucapan daripada YB Adun Lobak, Upacara Yee Sang, upacara memotong kek dan persembahan tarian singa. Program ini dijalankan bertujuan untuk memberikan peluang kepada penghuni bersama ahli keluarga merasakan suasana sambutan perayaan walaupun sedang menjalani hukuman didalam penjara.