| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Laporan Program Sayangi Diri Dan Keluarga Sekolah Integriti Kota Kinabalu (SIKK)

Sekolah Integriti Kota Kinabalu (SIKK) telah mengadakan Program Kesihatan Diri Dan Keluarga pada 12.02.2020 bersamaan dengan hari Rabu bermula jam 9.00 pagi sehingga jam 1.00 petang. Jumlah peserta dalam program ini adalah seramai 150 orang yang juga dihadiri banduan dewasa. Objektif program ini bertujuan untuk meningkatkan sahsiah pelajar dari segi konsep kendiri dan kesihatan diri supaya para pelajar dapat mengekalkan kepulihan melalui bimbingan yang holistik. Agensi yang terlibat dalam program ini adalah Jabatan Kesihatan Cawangan Kota Kinabalu. Tiga orang doktor telah membantu menjayakan program ini melalui segmen ceramah dan pemeriksaan kesihatan. Ceramah yang pertama adalah mengenai penyakit kulit (scabies) yang disampaikan oleh Dr. Glen Wendell Sibadogil manakala ceramah HIV disampaikan oleh Dr. Jeremy Robert Jinuin Jimin. Pemeriksaan kesihatan telah dilakukan oleh dua orang doktor tersebut dengan bantuan Dr. Fatimah Sabrina Binti Mohammad. Diakhir program, para doktor dan pihak pengurusan sekolah telah berbincang berkaitan dengan pengisian program kesihatan fasa ke dua yang akan diadakan pada bulan Julai kelak.