| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Jalinan Kasih Tahun Baru Cina bagi tahun 2020 Pusat Koreksional Bintulu

Pada 10 Februari 2020 (Isnin), Unit Program Pemulihan Insan (PPI) Pusat Koreksional Bintulu telah mengadakan Majlis Jalinan Kasih Tahun Baru Cina bagi tahun 2020 bertempat di Tempat Jumpa, Pusat Koreksional Bintulu. Seramai sepuluh (10) orang penghuni telah dipilih pada kali ini dan turut dimeriahkan dengan kehadiran lima puluh (50) ahli keluarga penghuni. Majlis dimulakan dengan ucapan Pengarah Pusat Koreksional Bintulu, PKP Hairol Hisham Bin Mohd Harith, disusuli dengan ucapan wakil daripada penghuni, upacara perasmian majlis dengan menggaul Yee Sang oleh Pengarah Pusat Koreksional Bintulu bersama ahli keluarga penghuni sebagai simbolik perasmian majlis, dan akhir sekali jamuan makan serta persembahan nyanyian daripada kumpulan busking penghuni iaitu kumpulan Ridem Buskers. Majlis telah dimulakan pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 11.30 pagi.