| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Ziarah Mahabbah Penjara Taiping Ke Jabatan Mufti Negeri Perak

Ziarah Mahabbah Penjara Taiping Ke Jabatan Mufti Negeri Perak telah diadakan pada hari Isnin, 13 Januari 2020. Antara pengisian Ziarah Mahabbah ialah Taklimat Pengenalan Jabatan Mufti Negeri Perak kepada kakitangan Penjara Taiping, Sesi Pembentangan & Perbincangan Usul Kerjasama antara Jabatan Mufti Negeri Perak dengan Unit Agama Penjara Taiping. Penyampaian Cenderahati disempurnakan oleh Penguasa Penjara, Abdul Rahman bin Hasan, Timbalan Pengarah, Penjara Taiping. Perbincangan kerjasama antara kedua-dua jabatan dipengerusikan oleh Sahibus Samahah Dato? Zambri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak dan turut dihadiri oleh Ketua-ketua Bahagian di Jabatan Mufti Negeri Perak. Ziarah bermula jam 2.30 petang dan berakhir jam 5.00 petang.