| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Ziarah Mahabbah Penjara Taiping Ke Majlis Agama Islam & Adat Melayu Perak (MAIPK)

Ziarah Mahabbah Penjara Taiping Ke Majlis Agama Islam & Adat Melayu Perak (MAIPK) telah diadakan pada hari Isnin, 13 Januari 2020. Antara pengisian Ziarah Mahabbah ialah Taklimat Pengenalan MAIPK kepada kakitangan Penjara Taiping, Sesi Pembentangan & Perbincangan Usul Kerjasama antara MAIPK dengan Unit Agama Penjara Taiping. Penyampaian Cenderahati disempurnakan oleh Penguasa Penjara Abdul Rahman bin Hasan, Timbalan Pengarah, Penjara Taiping. Turut sama dalam program ini ialah Tuan Shahrul Azam bin Shaari, Ketua Pegawai Eksekutif, Majlis Agama Islam & Adat Melayu Perak (MAIPK) dan Ketua-ketua Bahagian MAIPK. Ziarah bermula jam 10.00 pagi dan berakhir jam 1.00 petang.