| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Pertauliahan Anugerah Remaja Perdana Peringkat Negeri Melaka

Pada 6 Februari 2020 (Khamis), seramai 40 orang Penghuni Sekolah Henry Gurney Telok Mas Melaka telah menerima Pertauliahan Anugerah Remaja Perdana Peringkat Negeri Melaka yang telah diadakan di Kolej Yayasan Saad, Ayer Keroh, Melaka. Dari 40 orang penghuni, seorang penghuni lelaki telah menerima pingat perak manakala 39 pingat Gangsa iaitu 22 pelajar lelaki dan 17 pelajar wanita manakala 6 orang kakitangan SHG Telok Mas yang diketuai oleh KIP Razrin Hamidi bin Abd Razak telah menerima Sijil Anugerah Kepimpinan. Perasmian majlis telah disempurnakan oleh YB Tuan Kerk Chee Yee, Exco Komunikasi Multimedia Pembangunan Belia Dan Sukan Negeri Melaka. PP Tuan Haji Redzuan Bin Saghil@Yusof. Timbalan Pengarah SHG Telok Mas,Melaka turut dijemput untuk menyampaikan Pertauliahan Anugerah Remaja Perdana Peringkat Negeri Melaka kepada para pelajar yang berjaya.