| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Perhimpunan Bulanan Bil 2/2020 Peringkat Penjara Negeri Sembilan Di Institusi Pemulihan Dadah Jelebu Bagi Bulan Februari Tahun 2020

6 Februari 2020 (Khamis) ? Institusi Pemulihan Dadah Jelebu telah mengadakan Perhimpunan Bulanan Bil 2/2020 Peringkat Penjara Negeri Sembilan bagi Bulan Februari tahun 2020. Perhimpunan telah bermula pada jam 8.00 pagi telah disempurnakan oleh Yang Dihormati PKK Abd Rahman bin Taib Pengarah Penjara Negeri Sembilan. Turut hadir Yang Berusaha PKP Fayrouz bin Ahmad Zawawi Pengarah Institusi Pemulihan Dadah Jelebu, PKP Muhammad Nazri bin Nasrudin Pengarah Penjara Seremban dan PP Wan Rosli bin Dollah PYM Pusat Reintegrasi Penghuni Kem Syed Sirajuddin Gemas. Majlis telah diserikan dengan upacara Pemakaian Pangkat kepada 5 orang kakitangan yang terlibat serta Penyampaian Sijil Penghargaan Kejohanan Olahraga MAKSAK 2019 kepada 2 orang anggota Institusi Pemulihan Dadah Jelebu yang terpilih mewakili Jabatan Penjara Malaysia ke Brunei Darussalam bagi menyertai Kejohanan Olahraga Asean Prison Track and Field Championship ke -21. Pada majlis tersebut juga telah dilaksanakan Pelancaran Penjara Therapeutic Community (TC) yang dijalankan sepenuhnya Modul TC bermula Fasa 2 hingga Fasa 4 di Institusi ini. Seramai 100 orang anggota/kakitangan telah hadir dalam perhimpunan ini.