| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Laporan Kursus Pengurusan Jenazah 1.0 Peringkat Penghuni Penjara Seremban 2020

Kursus Pengurusan Jenazah 1.0 Penghuni Penjara Seremban telah diadakan pada 30.01.2020 (Khamis) bersamaan 5 Jamadil Akhir 1441 Hijrah bertempat di Surau Al-Ikhlas, Penjara Seremban melibatkan seramai 100 o/banduan Fasa II (Halaqah). Antara tujuan program ini diadakan adalah untuk mendedahkan kepada penghuni tentang keutamaan mendalami ilmu agama (fardhu kifayah) dan meningkatkan keyakinan diri dalam mengendalikan hal-hal berkaitan pengurusan jenazah. Pengisian majlis adalah penerangan teori berkaitan pengurusan jenazah serta sesi praktikal memandi, mengkafan dan solat jenazah yang dikendalikan oleh Ustaz Mahzan bin Ahmad Anuar daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS). Semoga segala yang telah dipelajari dapat diaplikasikan dalam kehidupan sebenar, in sha Allah.