| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Lawatan Rasmi Kolej Vokasional Matang Kuching

Pada 07 Februari 2020 (Khamis) Penjara Puncak Borneo Kuching telah menerima lawatan rasmi daripada Kolej Vokasional Matang Kuching. Seramai 10 orang pegawai dari Kolej Vokasional Matang Kuching yang diketuai oleh Tuan Haji Mohamad Sahran bin Hj Amin, Pengarah Kolej Vokasional Matang Kuching. Rombongan lawatan disambut oleh PKP Hamdan Salleh bin Majin, Pengarah Penjara Puncak Borneo beserta pegawai-pegawai yang lain. Tujuan lawatan diadakan bagi membincangkan isu berkaitan kerjasama di antara Kolej Vokasional dengan Penjara Puncak Borneo dari segi penawaran program, modus operandi peserta dalam program kemahiran (SKM) dan perkara-perkara lain yang berkaitan.