| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Jalinan Kasih Tahun Baru Cina Peringkat Penghuni 2020 Penjara Pengkalan Chepa, Kelantan

Pada 03 Februari 2020 ( Isnin), Unit Pemulihan dan Pendidikan Penjara Pengkalan Chepa, dengan kerjasama Unit Agama, Unit Perjumpaan serta Kebajikan telah mengadakan program Jalinan Kasih Peringkat Penghuni Sempena Sambutan Tahun Baru Cina 2020 bertempat di Perkarangan Dataran Insaf, Penjara Pengkalan Chepa, Kelantan. Seramai 6 orang banduan telah terpilih dan turut dihadiri oleh seramai 20 orang ahli keluarga penghuni yang terdiri daripada isteri, ibu dan bapa serta adik beradik penghuni. Majlis diserikan dengan kehadiran PP Ahmad Kamaruddin bin Yaacob, Timbalan Pengarah Penjara Pengkalan Chepa. Objektif program adalah untuk memberi peluang kepada penghuni mengeratkan hubungan kekeluargaan, menyedarkan penghuni sekaligus memberi peluang kepada mereka merasai kemeriahan sambutan perayaan Tahun Baru Cina. Program Jalinan Kasih ini diakhiri dengan sesi beramah mesra di kalangan penghuni dan ahli keluarga bersama Timbalan Pengarah Penjara Pengkalan Chepa dan sesi bergambar dengan sebahagian keluarga yang hadir.