| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Gunting Rambut Percuma Sempena Program Kembali Ke Sekolah

Pusat Inkubator Usahawan My Pride yang terletak di Sungai Isap, Kuantan telah mengadakan Program Program Gunting Rambut secara Percuma Sempena Program Kembali Ke Sekolah. Program ini telah berlangsung selama lima (5) hari bermula pada tarikh 26 Disember hingga 31 Disember 2019.
Turut hadir ke Program tersebut adalah YB. Hajjah Fauziah Binti Salleh,Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri dan Ahli Parlimen Kuantan yang diiringi oleh PKK Charin Promwichit Timbalan Pengarah Penjara Negeri Pahang merangkap Pegawai Parol dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Pahang, PP Huzaimi Bin Hanafi Ketua Bahagian Parol dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Pahang dan KIP Mohd Rani Bin Zakaria Komandan Pusat Reintegrasi Peghuni Kem Batu 10, Kuantan.
Tujuan program ini diadakan untuk membuka minda dan stigma masyarakat terhadap Orang Diselia (ODS) dan ianya juga adalah inisiatif untuk meringankan beban ibu bapa menjelang pembukaan sesi baharu persekolahan. Selain itu juga, YB diperkenalkan dengan Perkhidmatan Refleksiologi dan Dobi di Pusat Inkubataor Usahawan My Pride.