| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Kursus Penyegaran Bagi Pegawai Penjara Gred KA22 Lantikan Baharu Peringkat Negeri Pahang

Pusat Latihan Pegawai Penjara (PULAPEN) Terengganu bersama Pejabat Pengarah Negeri Pahang telah mengadakan Kursus Penyegaran bagi Pegawai Penjara KA 22 Lantikan Baharu Peringkat Negeri Pahang di PULAPEN. Kursus tersebut terbahagi kepada tiga siri iaitu Kursus Siri 1 pada tarikh 17 Okt ? 20 Okt 2019 telah disempurnakan oleh KP Dato? Ab. Basir Bin Mohamad Pengarah Penjara Negeri Pahang, Kursus Siri 2 pada tarikh 01 Nov ? 03 Nov 2019 telah disempurnakan oleh TKJP Dato' Alzafry Mohamed Al Nassif Bin Mohamed Adahan, Timbalan Ketua Pengarah Keselamatan & Koreksional dan Kursus Siri 3 pada tarikh 15 Nov - 17 Nov 2019 telah disempurnakan oleh KJP Dato' Sri Hj. Zulkifli Bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia.
Tujuan Kursus ini diadakan untuk : i. Memperlengkapkan lagi tahap pengetahuan dan kemahiran anggota yang dinaikan pangkat ke Sarjan TBBK mengenai bidang tugas dan aspek-aspek Dasar keselamatan
ii. Melahirkan Sarjan yang berkaliber dan mahir dalam tugas-tugas pengurusan kepenjaraan seperti Pengurusan Penahanan, Pengurusan Blok dan Pengurusan Keselamatan
iii. Melahirkan Individu yang berintegriti dan berdisiplin tinggi
iv. Menimbulkan kesedaran kea rah pengalaman nilai-nilai positif bagi pembangunan diri dan organisasi