| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Sambutan Tahun Baharu Cina Peringkat Penghuni Penjara Kajang 2020

Pada 20 Januari 2020 (Isnin) bertempat di Dewan Harmoni, telah diadakan Program Sambutan Tahun Baharu Cina peringkat penghuni Penjara Kajang. Seramai 203 penghuni yang terlibat dalam program tersebut. Majlis telah disempurnakan oleh PPP Murugan A/L K.S Karuppiah dan IP Tharumanraj A/L Nadaraja ( Pegawai Penyelaras Lain-Lain Agama), wakil dari NGO Persatuan Masyarakat Prihatin Zi Zai Yuan Di Kuala Lumpur dan Pegawai-pegawai Pemulihan. Majlis diserikan lagi dengan persembahan tarian singa dan nyanyian koir sebagai tanda perasmian. Program ini diadakan bertujuan untuk meraikan warga penghuni penjara yang berketurunan Cina serta mewujudkan satu perhubungan yang baik antara wakil-wakil NGO dengan pihak Penjara. Majlis berakhir pada jam 12.00 tengah hari.