| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Kejohanan Sepak Takraw Kelab Rakan Muda Masjid Al-Huda Pusat Pemulihan Akhlak Machang, Kelantan

Pada 10 Januari 2020, Kelab Rakan Muda Masjid Al-Huda, Pusat Pemulihan Akhlak Machang, Kelantan telah menganjurkan Kejohanan Sepak Takraw untuk anak-anak kakitangan melibatkan 24 orang peserta (8 pasukan). Kejohanan ini bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat dan meningkatkan kecergasan serta kesihatan anak-anak kakitangan. Program ini juga bertujuan untuk merapatkan hubungan silaturahim diantara mereka serta mentarbiah anak-anak remaja untuk hadir solat berjemaah dimasjid. Kejohanan ini turut dihadiri oleh Pengarah PPA Machang serta menyempurnakan penyampaian hadiah kepada pemain. Kejohanan berakhir pada jam 4 petang.