| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Kejohanan Bowling Tertutup Penjara Bentong 2020

Pada 7 Januari 2020 telah diadakan Kejohanan Bowling Tertutup Penjara Bentong. Kejohanan Bowling ini dianjurkan oleh Kelab Sukan Dan Kebajikan Penjara Bentong yang diadakan di U-Bowl Starmall, Mertakab Pahang. Antara objektif kejohanan ini diadakan adalah untuk mencungkil bakat-bakat baru bagi membuat persediaan untuk kejohanan Bowling Peringkat Penjara Malaysia yang akan datang. Selain itu, melalui aktiviti ini juga dapat memberi kesempatan kepada warga Penjara Bentong untuk merapatkan lagi tali persahabatan dan silaturrahim sesama kakitangan. Penyampaian hadiah untuk kejohanan ini telah disampaikan oleh YH TKP Dato? Muhammad Zuki Bin Muhammad Zain, Pengarah Penjara Bentong yang turut sama menyertai kejohanan ini.