| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Malam Apresiasi Tautan Budi Penjara Sungai Udang

Pada 10 Januari 2020 telah diadakan Malam Apresiasi Tautan Budi anjuran Kelab Sukan dan Kebajikan Penjara Sungai Udang. Objektif majlis tersebut adalah bagi menghargai kakitangan dan anak-anak yang cemerlang terutamanya dalam bidang sukan sebagai tanda sokongan moral dan pengiktirafan kepada penerima. Selain itu, majlis ini juga bertujuan meraikan kakitangan Penjara Sungai Udang yang telah berpindah dan bersara sebagai menghargai jasa dan khidmat selama bertugas di Penjara Sungai Udang. Seramai 200 kakitangan telah menerima sijil serta cenderahati dan terdapat 4 ketegori utama iaitu Tokoh Sukan Harapan Lelaki dan Wanita dimenangi oleh (WP23459) Mohd. Amiruddin Bin Zainal Abidin dan (WP22088) Siti Farizah binti Haron manakala bagi Tokoh Sukan Lelaki dan Wanita dimenangi oleh WP23470 Muhammad Fadzli bin Zainal Arifin dan IP Norhafizah binti Yusub. Turut hadir menyampaikan anugerah pada majlis tersebut ialah YBhg. KP Datuk Abdul Aziz Bin Mohamad (Pengarah Penjara Negeri Melaka) dan En.Lokman bin Abdul Ghani (Penyelaras Dun Sungai Udang)