| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Perhimpunan Bulanan Peringkat Institusi Pemulihan Dadah Jelebu Negeri Sembilan Bagi Bulan Januari Tahun 2020

13 Januari 2020 (Jumaat) ? Institusi Pemulihan Dadah Jelebu telah mengadakan Perhimpunan Bulanan bagi Bulan Januari tahun 2020. Perhimpunan telah bermula pada jam 8.00 pagi telah disempurnakan oleh YDH PKP Fayrouz bin Ahmad Zawawi Pengarah Institusi Pemulihan Dadah Jelebu. Majlis telah diserikan dengan upacara penyerahan Sijil Kenaikan Pangkat Pembantu Tadbir Gred N22 Time-Based Berasaskan Kecemerlangan kepada 2 orang kakitangan yang terlibat. Pada majlis tersebut juga telah disampaikan Perutusan Ketua Pengarah Penjara Malaysia Sempena Tahun Baru 2020 oleh YDH PKP Fayrouz bin Ahmad Zawawi, Pengarah Institusi Pemulihan Dadah Jelebu. Beliau berharap perutusan yang telah disampaikan ini menjadi panduan kepada semua kakitangan agar terus meningkatkan kecemerlangan organisasi serta bersedia menghadapi pembaharuan dan cabaran. Seramai 100 orang kakitangan Institusi Pemulihan Dadah Jelebu telah hadir dalam perhimpunan ini.