| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Penutupan Dan Penyampaian Hadiah Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Penghuni Kerja Bengkel Penjara Pusat Kota Kinabalu 2020

Pada 10hb Januari 2020 (Jumaat) - Bertempat di Padang Bola Sepak Zon Gemilang, Penjara Pusat Kota Kinabalu telah diadakan Perlawanan Akhir Bola Sepak penghuni kerja bengkel Penjara Pusat Kota Kinabalu. Pertandingan ini melibatkan penyertaan seramai 120 penghuni mewakili 10 pasukan zon penempatan. Pertandingan diadakan setiap hari Jumaat pada setiap minggu yang dikendalikan oleh Unit Vokasional dan Industri. Majlis penutupan dan penyampaian hadiah kepada pemenang telah disempurnakan oleh Penguasa Penjara Jorennedy Sylvester dan turut hadir TPP Jaini Ayong bin Rajawa, Ketua Seksyen Pengurusan Banduan Penjara Pusat Kota Kinabalu. Objektif program adalah untuk mencungkil bakat dan memupuk amalan gaya hidup sihat di kalangan penghuni Penjara Pusat Kota Kinabalu. Keputusan Pertandingan adalah seperti berikut: Johan : Pemulihan, Naib Johan : Bengkel Jahit Ketiga : Bengkel Dobi Dan Besi