| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Perbarisan Bulanan Penjara Penor bagi Bulan Januari 2020

Pada 14 Januari 2020 ( Selasa ), telah diadakan Majlis Perbarisan Bulanan Penjara Penor bagi Bulan Januari 2020. Seramai ( 24 ) orang anggota telah dinaikkan pangkat ke jawatan Pegawai Penjara Gred KA 20, Pegawai Penjara Gred KA 22 dan Pegawai Penjara Gred KA 24 serta ( 02 ) orang anggota telah dipilih untuk menerima Anugerah Personaliti Bulanan ( November & Disember 2019 ).Majlis telah disempurnakan oleh YH. Komisioner Dato? Ab. Basir bin Mohamad, Pengarah Penjara Negeri Pahang. Turut hadir ialah Penolong Kanan Komisioner Dato? Abu Hasan bin Hussain, Pengarah Penjara Penor, Penolong Kanan Komisioner Charin Promwichit, Pegawai Parol & Perkhidmatan Komuniti Negeri Pahang merangkap Timbalan Pengarah Penjara Negeri Pahang, Penguasa Ahmad Supian bin Jaafar, Timbalan Pengarah Penjara Penor, Penguasa Mohd Huzaimi bin Hanafi, Ketua Bahagian Parol & Perkhidmatan Komuniti Negeri Pahang dan Penolong Penguasa Mohd Rani bin Zakaria, Komandan Pusat Reintegrasi Penghuni, kem Batu 10, Kuantan. Perbarisan pada kali ini diketuai oleh Timbalan Penguasa Muhammad Zulfaqar bin Abas. Atur cara majlis turut diselitkan dengan penyerahan tong sampah untuk kegunaan harian di Penjara Penor oleh pihak Alam Flora Sdn. Bhd. serta majlis penyampian sijil dan cenderamata kepada wakil daripada Alam Flora Sdn. Bhd., Majlis Perbandaran Kuantan ( MPK ), Solid Waste Corporatin ( SWCorp ) dan MYM Services Sdn. Bhd.