| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Sambutan Hari Natal Peringkat Penghuni Penjara Wanita Kajang

Penjara Wanita Kajang bersama Persatuan Persaudaraan Penjara Katolik telah menganjurkan Program Sambutan Hari Natal sempena perayaan Krismas pada 9 Januari 2020 di Padang Penjara Wanita Kajang. Seramai 87 orang banduanita turut bersama-sama memeriahkan program pada hari tersebut. Matlamat program selain untuk mengeratkan silaturahim ianya juga menjadi satu medium pemulihan yang efektif apabila terdapat penyertaan daripada NGO luar. Selain Penganjur program NGO lain juga turut dijemput hadir ke majlis ini seperti Persatuan Hindu Sanggam, Malaysian Care dan Fellowship.