| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Pertandingan Melukis Peringkat Penghuni Pusat Koreksional Kamunting

Pada 08 Januari 2020 (Rabu), Pusat Koreksional Kamunting telah mengadakan Pertandingan Melukis Peringkat Penghuni bertempat di Dewan Pemulihan, Pusat Koreksional Kamunting. Pertandingan tersebut telah disertai oleh penghuni-penghuni dari blok-blok penempatan banduan dan blok penempatan SOSMA. Hadiah pertandingan turut disediakan bagi menggalakkan penyertaan penghuni. Pertandingan tersebut telah disempurnakan oleh Pengarah Pusat Koreksional Kamunting, PKP Ahmad Rizal Bin Mohd Ghazali dan diiringi Ketua Unit Pemulihan PPP Umar Bin Dulmat. Pertandingan tersebut bermula pada pukul 10.00 pagi dan berakhir pada pukul 12.00 tengahari. Pertandingan melukis tersebut bertujuan Terapi Minda dalam menanamkan semangat kerohanian di samping membentuk budaya hidup sihat serta memupuk semangat perpaduan di kalangan penghuni dalam komuniti penjara.

 src=