| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Perbarisan Perhimpunan Bulanan Bagi Bulan Januari 2020 Peringkat Institusi Pusat Koreksional Kamunting

Pada 08 Januari 2020 (Rabu), Pusat Koreksional Kamunting telah mengadakan Majlis Perhimpunan Bulanan bagi bulan Januari tahun 2020 bertempat di Astaka Pusat Koreksional Kamunting. Perbarisan telah diketuai oleh PPP Muhammed Amin bin Mohd Yaacob yang terdiri daripada 90 anggota dan kakitangan awam.

Pada majlis tersebut turut diadakan pemakaian pangkat untuk anggota iaitu pangkat SM (TBBK) (1) orang, Sarjan Penjara (TBBK) (34) orang dan Koperal Penjara (TBBK) (3) orang yang disempurnakan oleh Pengarah Pusat Koreksional Kamunting PKP Ahmad Rizal bin Mohd Ghazali.

Pada Majlis Perhimpunan Bulanan tersebut, PKP Ahmad Rizal bin Mohd Ghazali selaku Pengarah Pusat Koreksional Kamunting telah membaca perutusan Ketua Pengarah Penjara Malaysia sempena tahun baru 2020 dan beliau berharap perutusan ini menjadi pemangkin dan meniup semangat baru kepada warga kerja Pusat Koreksional Kamunting agar meningkat mutu perkhidmatan dan menerapkan semangat berpasukan untuk merealisasikan objektif dan misi Jabatan Penjara Malaysia bagi tahun 2020.

 src=