| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Lawatan Sesi Awal Persekolahan 2020 SHG Telok Mas Melaka

Pada 2 Januari 2020, PKP Raja Nazril Azman bin Raja Azam Iskandar, Pengarah Sekolah Henry Gurney Telok Mas Melaka telah membuat pemantauan hari kedua sesi persekolahan tahun 2020. Tuan Pengarah telah dibawa melawat ke bilik-bilik khas Unit Akademik termasuk Bilik Pendidikan Alaf 21. Seterusnya satu perjumpaan suai kenal di antara Pengarah dengan 20 orang guru dan 250 orang pelajar Unit Akademik diadakan di Dewan Unit Akademik. Tuan Pengarah turut mengambil kesempatan menyampaikan harapan beliau terhadap kejayaan pelajar sekolah dalam bidang akademik dan kokurikulum serta memberikan motivasi bagi menyuntik semangat pelajar untuk belajar dengan tekun dan bersungguh-sungguh.