| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Sesi Ceramah Sempena Perayaan Krismas 2019 dengan kerjasama Unit Pemulihan, Penjara Seberang Perai dan Persatuan Kebajikan Gereja Kristian

Pada 27 Disember 2019 (Jumaat), Unit Pemulihan (PPI), Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang telah mengadakan Program Sesi Ceramah Sempena Perayaan Krismas 2019 dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Gereja Kristian bertempat di Dewan Sukan Penghuni, Penjara Seberang Perai. Seramai (79) orang penghuni lelaki dikalangan penganut agama Kristian telah dipilih untuk mengikuti program ini yang turut dihadiri oleh (5) orang penceramah daripada pihak Persatuan Kebajikan Geraja Kristian iaitu Encik Chua Tiong Chong, Encik Goh Kok Ken, Encik Loong Kok Wei, Encik Kuan Wing Cheong dan Encik Sivanatham A/L Kaliamuthu. Pada akhir program, kakitangan dan penghuni menerima sumbangan ais krim daripada pihak Persatuan Kebajikan Gereja Kristian. Sesi penerimaan sumbangan ais krim disempurnakan oleh TPP Liza Binti Ahmad daripada Encik Loong Kok Wei, wakil penceramah Persatuan Kebajikan Gereja Kristian. Program ini bertujuan bagi memberi peluang menyedarkan penghuni serta motivasi diri untuk menjadi seorang insan yang berguna setelah dibebaskan kelak melalui unsur keagamaan.