| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Lawatan Kerja Pengarah Penjara Negeri Sembilan Ke Penjara Seremban

Pada 23 Disember 2019 - Penjara Seremban telah menerima lawatan daripada PKK Abd Rahman bin Taib, Pengarah Penjara Negeri Sembilan. Lawatan bermula dengan sesi taklimat kepada pegawai- pegawai Giliran Besar di Pintu Besar mengenai kepentingan mematuhi standard prosedur kerja yang telah ditetapkan dan perancangan jabatan menjelang tahun 2020. Lawatan diteruskan ke pejabat, blok penempatan dan melihat aktiviti bengkel yang terdapat di Penjara Seremban diiringi oleh PKP Muhammad Nazri bin Nasrudin, Pengarah Penjara Seremban serta TPP Mohamad Nazeff Bin Mohamed Mazelan. Sebagai Pengarah Negeri yang baru ianya juga bertujuan untuk beramah mesra bersama kakitangan di Penjara Seremban.