| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Sambutan Ambang Tahun Baru 2020 Peringkat Penghuni Penjara Seremban

Pada 19 Disember 2019 - Bertempat di Dataran Insaf Penjara Seremban telah diadakan satu program Sambutan Ambang Tahun Baru 2020. Program ini dikelola oleh Unit Pemulihan dan Rawatan dengan bantuan Unit Kawalan dan Pencegahan. Program ini turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah PP Zakaria Bin Mat Jusoh, TPP Mohamad Nazeff Bin Mohamed Mazelan, dan TPP Mohd Azwandi Bin Ontiga, Pegawai Kanan, Pegawai-pegawai awam serta 2 orang artis jemputan. Program ini melibatkan seramai 200 orang banduan. Antara pengisian aktiviti yang dijalankan adalah persembahan daripada band kakitangan Penjara Seremban, nyanyian daripada artis jemputan, persembahan busking daripada penghuni (D Buskers) dan persembahan nyanyian daripada penghuni. Aktiviti ini bertujuan memberi pendedahan kepada penghuni untuk berani menampilkan diri membuat persembahan dan juga sebagai satu bentuk terapi muzik yang memberi keyakinan kendiri kepada penghuni.