| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Jalinan Kasih Sempena Sambutan Hari Krismas Peringkat Penghuni Penjara Pokok Sena 2019

Pada 29 Disember 2019 (Ahad), Unit Pemulihan telah menganjurkan Program Jalinan Kasih Sempena Sambutan Hari Krismas peringkat Penghuni Penjara Pokok Sena yang diadakan di Dewan Seroja melibatkan 06 orang penghuni beragama Kristian. Program ini bermula pada jam 11.00 pagi telah di sempurnakan oleh YB Chan Ming Kai, Ahli Parlimen Alor Setar yang turut dihadiri oleh TKP Shukri Bin Saad, Pengarah Penjara Pokok Sena dan Persatuan Trinity Bartish Church. Objektif program ini bertujuan memberi peluang kepada penghuni untuk meraikan Krismas bersama keluarga.