| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Motivasi Dan Pemantapan Jati Diri Anak-Anak Kakitangan Tahun 2019 Serta Pelancaran Kelab Rakan Muda Masjid (Masjid Al-Huda) Pusat Pemulihan Akhlak Machang, Kelantan Anjuran Bersama Yadim Negeri Kelantan Dengan Kerjasama Persiap PPA Machang

Pada 22 hingga 24 Disember 2019 telah diadakan Program Motivasi Dan Pemantapan Jati Diri Anak-Anak Kakitangan PPA Machang melibatkan seramai 68 orang peserta. Program ini merupakan anjuran bersama PPA Machang dan Yayasan Dakwah Islamiah (YADIM) Negeri Kelantan dengan kerjasama PERSIAP PPA Machang. Program ini diadakan bertujuan melahirkan generasi yang cemerlang di dunia dan di akhirat serta insan yang bertaqwa kepada Allah. Antara pengisian yang dijalankan ialah ceramah motivasi jati diri, latihan dalam kumpulan, dan aktiviti riadah. Pada majlis penutupan program, telah diadakan program Khatam Al-Quran beramai-ramai melibatkan peserta motivasi, ceramah kaunseling, penyampaian sijil khatam al-quran dan sijil penyertaan program motivasi serta hadiah riadah. Pengisian majlis penutupan juga diserikan dengan pelancaran Kelab Rakan Muda Masjid (Masjid Al-Huda). Majlis penutupan disempurnakan oleh PKK Mohd Shukri bin Harun Pengarah PPA Machang dan turut dihadiri oleh pengerusi persiap PPA machang. Majlis berakhir pada jam 12.00 tengahari.