| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Kobolorasi Pingat Emas Jabatan Penjara Malaysia - UniSZA bagi 31st International Invention, Innovation & Technology Exhibition (ITEX 2020)

7 Disember 2020- Rentetan daripada kejayaan memenangi Pingat Emas bagi Minggu Penyelidikan Inovasi 2020, koloborasi Jabatan Penjara Malaysia dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) sekali lagi telah berjaya memenangi Pingat Emas bagi 31st International Invention, Innovation & Technology Exhibition (ITEX 2020) melalui projek "Self Mastery Trans De Mind Kit" yang dilaksanakan kepada penghuni Penjara Marang, Terengganu. Program anjuran Malaysian Invention and Design Society (MINDS) itu telah berlangsung dari 12 hingga 21 November 2020 menerusi penjurian penuh berdasarkan pembentangan melalui video melibatkan penyertaan dari dalam dan luar negara dengan lebih 500 produk inovasi dipertandingkan.

Bagi memberi penghargaan atas usaha dan kejayan yang diraih, satu pembentangan berkaitan projek tersebut telah diadakan di Bilik Mesyuarat Persidangan, IPPM oleh YBrs. Prof. Mahadzirah Mohamad dan Dr. Ezla kepada pihak Jabatan Penjara Malaysia. Pembentangan tersebut telah dihadiri oleh YBhg. TKJP Dato', Hj. Nordin Hj. Muhamad, Timbalan Komosioner Jeneral Penjara (Keselamatan & Koreksional), KP Ajidin Salleh, Pengarah Pengurusan Banduan, PKK Mohd Roslen Ramli, Sekyen Pemulihan dan
Pendidikan, PP Harlina Mohamad, Bahagian Dasar Kepenjaraan, PP Mohd Hamdhan Mat Noh, Bahagian Pembangunan dan Profesionalisme dan En. Muhammad Zulhusni Amirulmominin, Seksyen Rawatan dan Layanan. Semoga dengan kemenangan ini ia dapat memberi nilai tambah dalam memantapkan program pemulihan Jabatan melalui dapatan kajian yang signifikan sebegini.